Wednesday, May 13, 2009

Petua Anggun Kayangan/Tips from Anggun Kayangan




Pada zaman dahulu, wanita-wanita yang mengambil berat untuk menjaga kelangsingan badan dan kesuburan serta mutu anggota mereka mengamalkan berbagai petua termasuklah menjaga makan dan bersenam di waktu pagi. Terdapat gerakan-gerakan senaman yang cukup baik untuk wanita dan biasanya ia diamalkan di waktu pagi selepas bangun tidur. Kepentingan melakukan senaman ini kepada seiap wanita akan meningkat terutamanya apabila badan merasa lemah-lemah dan umur semakin meningkat

Semasa tidur, sebanyak 30 hingga 50 peratus darah kembali ke hati dan pankreas. Keadaan ini membahayakan kesihatan dan ia menjadi sebab mengapa 'stroke' kerap menyerang pada awal pagi, dan ini berpunca dari bangun pagi secara tergesa-gesa dan gopoh-gapah tanpa memberi peluang kepada tubuh untuk jadi cukup bersedia.


Cara Senaman Patut Diamalkan Hari2


1.Halus Pandangan

Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

2. Angin Tunggal

Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut, mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas. Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7 saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

3. Angin Kembar

Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara. Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi ini selama 7 saat.


Banyak lagi nanti kak ameru akan update kan dalam blog bersambung

Member/Agent Anggun Kayangan

Smartlink2u

Setiap pembelian di Anggun Kayangan dan mana2 ahli yg mempunyai kad seperti di atas anda layak mengumpul ganjaran mata.

Setiap RM1 yang di belanjakan anda layak terima 10 mata bonus. Bayangkan jika anda membeli produk yang berharga RM500 secara cash anda dah layak mendapat 5000point dan point ini boleh di accumulate.

Contoh - Smartlink akan debit terus ke akaun anda sebyk RM30.00 jika point 10000:

Cash Rebate Calculation 10,000 S-points/100 = RM100 x 30% = RM30.00(LCA Member Personal Cash Rebates)

Selain dari itu Setiap Promosi yang di adakan di Anggun Kayangan anda layak mendapat diskaun tambahan sebyk 5% dari setiap promosi Anggun Kayangan

Bagi ahli smartlink2u anda juga layak mendapat pengurangan harga 5%-10% dari semua produk di Anggun Kayangan .(jika tiada promosi pada bulan tersebut & bergantung pada produk yang dibeli)

Di masa hadapan akan ada berbagai lagi produk dan hadiah yang akan kami tawarkan kepada ahli Anggun Kayangan yg setia.

Khas untuk Stokis & Agen CocoaCollagen yang mendaftar sebagai ahli Smartlink2u setiap transaksi pembelian stok anda ada ganjaran mata.

Apakah Faedah Kad Prabayar Ambank-Smartlink2u MasterCard:

Dibawah adalah beberapa faedah yang anda akan menikmati dari Ambank:

• Dapatkan satu mata AmBonus dengan setiap RM2
• (Bayaran Bil,Belian Secara Online dari semua Ahli&dsb)
• Percuma RM 10, 000 Insurans Kamalangan Peribadi untuk tahun pertama
• Diterima seluruh dunia
• Tukar mata S-Points ke rebet tunai
• Baucer bernilai RM 300
• Tidak perlu akaun bank
• Berbelanja secara online
• Tiada bayaran pengaktifan
• Tiada pembayaran apabila menambah nilai
• Sistem rebet tanpa masalah
• Tambahan nilai mudah secara online
• Periksa penyataan secara online
• Tiada mintaan pendapatan sewaktu mendaftar

Keahlian Anggun Kayangan RM55

Untuk registration pls call Ameliza (016-2556153 email ameliza_amruhisham@yahoo.com)

Testimoni 10

Terbaru!!! dan UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI KHAS BUAT PELANGGAN JAMUKAYANGAN

PN NORLAILA (Dengkil, Selangor) telah mendapat beriter gembira menggandung dah nak masuk 3 bulan. Tahniah... (Jamu Badan Kayangan dan Jamu Lansing Kayangan)

PN ZURAINI ZAINAL (Paka, Terengganu) telah mendapat beriter gembira mengandung dah nak masuk 2 bulan. Tahniah.... (Jamu Kacip Kayangan).

Salam Manis

Kak Ameru




Testimoni 9

Salam Kak Ameru

Saya memang belum pernah makan jamu apatah lagi majoon. So satu hari member menunjukan pos laju yg berupa jamu langsing yang telah memberi kesan kepada dirinya. Dengan tetiba hati nie terdetik untuk mencuba ...apasalah nyer kan ...so buka la website nie ..dan bermula chatting dgn Kak Ameru yang banyak memberi semangat dan keyakinan untuk mencuba

Bila tiba pos laju dirumah suami dah tanya apa benda tue...so saya memula malu nak cakap then masa malam tu tak pandai nak masukan jamu ke dalam vagina erm so terpaksa suh suami masukan jadi tak jadik nak suprise lagi ..ehhe malam tu gak test hahah nak tau wat happen, suami kata betul la hebat la jamu nie ..mana tak selalu saya yg kepenatan, nie suami yg tak larat? Saya tido dalam tersenyum bangga ..

Semalam masuk dua hari saya makan, kali nie suami merengek meminta hahah ...suker nyer ..then bermula la segalanya pastu berakhir dengan pertanyaan ”rasa mcm baru kahwen jer still ada dara” so saya rasa sungguh seronok dan bersyukur ..that jamu kacip ..

Majoon pulak banyak membantu saya untuk tidak keletihan kalo tidak selalunya waktu pagi kaki mesti rasa lenguh-lenguh ..then pagi malas sungguh nak bangun sebab terlalu letih malam tadi tetapi ianya sugguh berhasil dengan pemakanan majoon nie badan jadi ringgan dan segar serta angin dalam badan pun asyik keluar jer baguz untuk membuang angin...tak habis kat situ jer ..pastu saya rasa perubahan pada payudara dan punggung yang menegang untuk mengembalikan dan menaikan payudara dan punggung .. kata Kak Ameru ianya dapat membentuk ke bentuk yang asal ...so memang besh la tks Kak Ameru

alhamdulilah ..hope ianya sesuai selamanya ...May Allah Blessed U Sis

From
PrincezEma

Testimoni 8

saya Miss D nk share esperience psl sumer produk jamu yg sy dah gunakan setakat nie ... sy br shj lps mencuba Jamu Langsing Kayangan sebotol utk pertama kalinya .. kemudian sy dah habis stok plk ..

skrg nie tgh tgu for 2nd order Jamu Langsing dari kak Ameru ... beza mkn jamu dgn x mkn jamu nie mmg byk sgt2 .. time sy mkn jamu langsing nie sangat2 senang nk "membuang ke toilet " time pagie2 tue .... asal pagi jer ..sure berlari dah ke toilet ... rasa lawas sgt 2 ...tp bila sy dah stop mkn jamu langsing nie .. adus .. sgt2 susah sy nk membuang plk ... ada ketikanya sy ke toilet 2-3 hari baru ler membuang apa yg dah dimakan sebelum tu ... perut pun rasa buncit jer ... manalah sy tak susah hati ...

terus terang sy nk share dgn sumer mmg akan rasa beza & perubahan pd diri kita bila kita mkn jamu nie dgn x mkn jamu nie ... sy rasa sangat2 rugi & menyesal lak bila stop pengambilan jamu ni ... badan mmg rasa sangat2 x best ... so sejak dari saat ni ..sy mmg dah ketepikan bajet utk jadikan jamu ni sebagai pengambilan JAMU WAJIB saya .. xmo dah ambil mudah & pdg remeh jer ..kelaknya kesan pada badan kita sbg wanita jgk ... skrg tgh period so x sabar nk tgu new order jamu smp dlm this week ... RUGI sangat2 pada yg belum mencuba kesemua complete jamu utk wanita nie biggrin


Miss D


ENGLISH VERSION

Testimony 8

I’m Miss D, and I want to share my experience using all the products I’ve used so far… so far I’ve just tried the Jamu Langsing Kayangan, one packet for the first time… but then I ran out of stock…

Right now I’m waiting for the second order of Jamu Langsing from Kak Ameru… the difference between using and not using the jamu is quite obvious… when I was taking the jamu langsing I find it really easy to go to the toilet each morning… every morning I have no problem with bowel movement… but when I stop using the jamu it’s harder for me to go to the toilet… sometimes I only go after 2 to 3 days… and my tummy feels bloated… and this gets me really worried…

To be honest, I want to share with everyone, you will feel the difference and notice the change in our bodies when you stop taking the jamu… I felt so sorry and regretted it when I stopped using the jamu… my body really did not feel as good… so from this moment on... I have set aside a budget for this jamu, it is something I MUST take… I no longer want to ignore it and not take it seriously… otherwise it will have an impact on us as women, on our bodies… right now I’m having my period so I can’t wait for the new order to arrive this week… you’re really missing out if you’ve not tried the complete jamu set for women yet.

Miss D

Testimoni 7

Setakat nih tgh pregnant..so leh try Lulur Kayangan kak ameru je..memang besh...puas menyental...mudah pak tuh nak digunakan..campur air je...hilang semer daki2 yang lama berkerak kat kulit nih...lepas mandi..wangi je..tak yah sabun lagi..kulit pon terasa lembut sgt2...hehehehe..boleh order lagi kak ameru..dah nak abis nih...hehehe..sekali guna satu badan ku sental...huhuhu bukan setakat celah2 lagi dah...muka pon letak sekali...memang kuar segala black head.....besh!~ harga pon not bad for good product..meh arr kengkawan try sekali...kiter lulur reramai...

Pn. Adrina


kak ameru cayang dah pakai okey!i loike wangi,pastu kulit lembut n daki kuar. hubby salam je pas solat dia pelik nape kulit sy lembot giler.sampai kekaki okey..dari muka lembot mane2 letak mmg lembott je rasa haa.thanks kak ameru.x rugi beli.abis je beli lagi ....

Pn Syerah

ENGLISH VERSION

Testimoni 7

So far I’m pregnant… so I can only try Kak Ameru’s Lulur Scrub Kayangan first… it’s really good.. I gave myself a good scrub… and it’s easy to use, just add water… it got rid of all the dark spots on my skin… after showering… I smell really nice… I didn’t even need a soap… and my skin felt really soft… hehehehehe… I can order more of this lulur from Kak Ameru… I’m almost out… hehehehe… I scrub my entire body each time I use it… hehehe.. and not just on my body, but also my face… it got rid of my blackheads.. best! And the price is not bad, for a good product… come on friends, give it a try… let’s all scrub together….

Pn. Adrina

Dear Kak Ameru, I’ve tried it! I like the nice smell and my skin felt really soft. My husband noticed how soft my skin is when we ‘salam’ after performing our prayers, he wondered why my hands felt so softeven down to my feet, okay… it feels soft from my face to everywhere else I used the scrub… thanks kak ameru. It was worth the money. I want to buy more once I run out…

Pn Syerah

Testimoni 6

Alo kekawan.... I cuba Jamu Lansing Kayangan dalam bulan puasa ari tu.....Dua, tiga hari seblum Raya Puasa, I saje try kebaya lama2 yang dah 3 tahun lebih tak leh muat (sejak I lahirkan my 2nd baby!!!). To my surprise, muat la pulak....! I sendiri terkezut! So, Raya Puasa hari tu, melaram le pakai kebaya setelah sekian lama....Dah tu, I ada jumpe kekawan lama sebulan dua ni, ramai yang tegur I dah kurus. Alhamdulillah, mujarab jugak jamu ni...

So, I nak syorkan kepada sesiapa yang nak mencuba.....Takyah lah habihkan duit beribu kat Marie France ke, Esthetika ke...Buat menghabihkan boreih je....Cuba la jamu ni, insya'allah kurus!!!!!!

Sekarang sedang cuba Jamu Seri Kayangan untuk mencantikkan kulit dan membuang resdung… tak sabar rasa yer nak tengok result yer.

Ame tq

Pn Herni Sofini

ENGLISH VERSION

Testimony 6

Hello friends… I started on the Jamu Langsing Kayangan during the fasting month… Two, three days before Raya Puasa, then I tried on my old kebaya that I haven’t worn more than 3 years, which didn’t fit anymore (since I had my second baby!!!). To my surprise, it fitted…! I was shocked! So during Raya Puasa, I donned my old kebaya again… and I’ve been meeting up with old friends these past two months and they all said I look slim. Alhamdulillah, the jamu has been quite effective…

So, I would like to recommend it to anyone who wants to try… no need to spend thousands at Marie France or Esthetika… they’re a waste of money… Just try this jamu, insyaallah, you will lose weight!!!!

Right now I am trying Jamu Seri Kayangan to make my skin more beautiful and help with my cataarh / sinus (resdung)… I can’t wait to see the result.

Ame, thanks.

Pn. Herni Sofini













Testimoni 5

Salam Ameru,

Dah start makan Jamu Pahlawan and it’s great. Alhamdulillah, badan dah kurang sakit2 bila bangun pagi.

Wife saya baru makan Jamu Badan Kayangan dulu. Tak berani makan banyak, takut BP naik plak tengok pada keadaan nanti.

Jamu Lansing Kayangan dan Jamu Kacip Kayangan insyallah kalau takde apa boleh wife I start makan.

Setakat nie, Alhamdulillah, dah sedap sikit badan ni. Yelah mmg cepat rasa haus. Belasah ajer lah berbotol air masak.

Orait, kalau ada apa2 akan saya hubungi Ameru.

Regards,
Anuar

ENGLISH VERSION

Testimony 5

Salam Ameru,

I have started taking the Jamu Pahlawan and it is great. Alhamdulillah, my body doesn’t feel achy when I wake up in the morning.

My wife is starting on the Jamu Badan Kayangan first. She’s taking precautions and don’t want to take too much at first, in case her BP goes up, so we’ll see how it goes.

The Jamu Langsing Kayangan and Jamu Kacip Kayangan, insyallah if all goes well, my wife can start taking it.

So far, Alhamdulillah, my body feels better now. I do get thirsty more quickly. So I just drink a lot of water.

Alright, if anything, I will contact Ameru.

Regards,

Anuar

Testimoni 4

hehe, lps gune Jamu Kacip Kayangan ni tak sampai seminggu, asben dah komen best... bak kate elyies, mcm anak dara, mcm baru kawen dulu... peh tu rasa asben makin sayang. ni dia outstation, kejap2 mesej. ahaks!!!

Pasal membersihkan dalaman wanita ni pon mmg btl... rasa puas ati sgt bila tgk keputihan kuar dgn byk nye... lps seminggu mcm tu, dah tak de masalah keputihan ye serius lg... to kak ameru, thanx a lot..

to elyies, timakasih rekemenkan jamu kayangan nie

Pn. Naz

Testimoni 3

Elyies dah try jamu kacip kayangan nie...aduh..terkejut besar tau...sbb masa asben nak masukkan tu..ketat sangat..kalah anak dara...berpeluh2 gak ler dia nak masukkan...yezaaaaaaaa...kekekkeke...mmg marvelous sungguh..kalah anak dara..cam baru kawin je rasanya.. bukan sahaja kasi kita semakin intim ngan suami..malah jamu kacip kayangan nie membersihkan dalaman wanita...saya byk jugak keluar lendir2 jernih....rasa cam berbaloi mencuba...

Jamu Langsing kayangan sekarang nie saya nampak perubahan tang peha dan perut...jamu nie rasanya dia fitkan badan kita dulu..buang yg mengeleber.....hehehe...

Jamu Badan Kayangan nie saya makan rasa badan nie sentiasa bertenaga..period pain pun cam dah kurang.....selalunya saya sengugut teruk masa nak period, tp skang tidak lagi..takde sakit2 aper2 pun ...tup2 dah period..tu yg saya suka sangat tu.......mmg best la....

Tq kak ameru for recommend this Jamu Kayangan to me... marvelous!.mmg berbaloi la ...harga pun tak mahal...

Pn Elyies

ENGLISH VERSION

Testimony 3

Elyies have tried the Jamu Kacip Kayangan… I was so surprised… because when my husband tried to penetrate me, it was so tight… more so than a virgin… it took some effort for him to finally penetrate me…. hehehehe… it’s really marvellous… even better than a virgin… like when we were first married… it not only has made me more intimate with my husband… the Jamu Kacip Kayangan also cleanses our insides… I had quite a lot of colourless discharge… it is worth a try…

The Jamu Langsing Kayangan I can see its effect on my thighs and tummy… this jamu I think makes our bodies fitter and rids us of the flabby parts… hehehe

The Jamu Badan Kayangan that I’ve been taking makes my body feel energised… my period pains has lessen… usually I get really bad cramps during my period, but now I don’t… I don’t feel any pain at all… next thing I know, I’m having my period… that makes me feel so happy… it really is good.

Thank you Kak Ameru, for recommending this Jamu Kayangan to me… marvellous! It is really worth it… and it’s not that expensive…

Pn. Elyies

Testimoni 2

Kak Ameru,

Saya sudah selamat mencuba Jamu Kacip Kayangan ni, keberkesanannya terbukti, suamiku kagum yg amat, sampai speechless, for me this jamu is a MUST item for wives.. satu lg percubaan akan berlaku mlm ni.. harharhar suamiku hari2 mau, sabar k yang, jap2.. i datangggg ni.. yezaaaaaa

Jamu Pahlawan untuk suami pon ada rasa perubahannya… mula2 ambik ada rasa sakit tempat yang kena attack tapi tak lama 2 hari jer lepas tu alhamdullilah terasa segar bugar nak buat kerja pon selesa kata yer….

Mrs. Mummy Nazira

ENGLISH VERSION

Testimony 2

Kak Ameru,

I’ve tried the Jamu Kacip Kayangan and it’s proven to be effective, my husband is quite impressed and it has left him speechless, for me this jamu is a MUST item for wives… tonight I will try it again… hehehehe.. my husband wants to be with me every day… have patience dear, I’m coming… yezaaaa

The Jamu Pahlawan for my husband has also showed some effect… at first it felt a little uncomfortable but after a while, 2 days later, alhamdulillah it feels fresh and makes it easy to work…

Mrs. Mummy Nazira

Testimoni 1

Salam pada semua ...

Sy mula ambk jamu nie pada 9 october 2007 (ramadhan ke -27) .. mmg excited sgt2 bila baca testimoni2 pengguna .. so lps jer sahur sy mskkan jamu rapat tue .. nk try pada malam tue .. sy ambik jamu kacip kayangan & jamu badan kayangan.. mlm tue bila bersama hubby .. hubby x bg komen lagie .. so aktiviti mlm tue berjalan mcm biasa jer ... nk ty hubby tp segan sbb dia x komen apa2 & bg apa2 respon ..

so sy sabar jer .. teruskan ambk sumer jamu mengikut peraturan .. yg sy perasan seminggu tue keluar cairan mcm keputihan tp kaler dia pekat sikit .. smp kt panties ada kesan kehitam & coklat2 . bila ty kak ameru .. dia kata kesan jamu tue .. utk bersihkan bhg dalaman kita .. badan pun rasa segar .. x der ler letih jer .. selalu lps berbuka jer mata mengantuk .. rasa penat.. kt ofis pun x rasa letih & mengantuk ..mata rasa segar ...

okies selepas 3-4 hari percubaan kedua sy utk jamu rapat sy teruskan .. pada malam tue .. masa mula2 jer hubby dah kuar statement "sayang .. apasal susah nk masuk.. ketat nya ??" .. sy pulak rasa pelik ..tp sy suruh hubby try slow2... pelan2...sy tak pulak rasa sakit sepanjang proses tue ... bila dah masuk tue hubby kata lagie "apasal rasa lain sangat nie" .. tp sy buat releks jer .. x mo gelabah .. sebab sy terigt ada user bg testimoni alami mcm sy jgk .. smp ke akhirnya bila dah selesai sumer xtiviti hubby ty lagie ... dia kata mmg sy lain sgt2 malam tue .. dia ty sy makan apa ... ubat ker, jamu ker ... so sy jwb ler kan sy try jamu tue .. hubby happy giler lepas tue ..

okies percubaan masa raya plk utk jamu rapat tue .time nie sy baru lps period .. bersihkan diri ... masuk jamu pagie2 lps subuh .. so mlm tu mmg plan nk cuba plk .. mlm tu percaya tak kitorg boleh ulang xtiviti tue 2 kalie ... tanpa rasa penat sdgkan masa tue dah dekat pukul 3 pagie ... padahal kitorg baru jer balik beraya siang tue dari pagi smp ke malam ...lps tu pagi esoknya kitorang berdua sambung xtiviti pagienya lps breakfast lagie .. hasilnya tetap superb ....!!! kali ni tanpa segan2 hubby komen .. "sayang .. rasa mcm masa mula2 first night & honeymoon " .. so kita pun rasa bangga gaks .. sbb dapat buat hubby senyum panjang ...selalunya hubby yg dok minta2 nk bersama sy buat moody jer mcm takder mood.. tp lps ambk jamu nie mmg lain ... sy jugak bg tindakbalas & respon yg baik ..he..he...

pesanan utk sumer rugi giler saper x cuba jamu2 nie ... mmg menyesal saper x cuba ...sy plk mmg nk war2 kan pada member2 pas nie ... insyalah kalau niat kita baik utk kebahagiaan rumah tangga akan direstui .. sebagai isteri sure kita nk jaga performance dan jaga husband tersayang kan ..

mrs D


ENGLISH VERSION

Testimony 1

* Greetings to all


* I started taking the jamu on 9 October 2007 (the 27th Ramadhan)… I was so excited after reading the user testimonies… so right after sahurI inserted the ‘jamu rapat’ … I wanted to try it that night. I also took the jamu kacip kayangan & jamu badan kayangan… that night when I was with my husband, he didn’t make any comments… so the night’s activity went as usual… I was too shy to ask my husband as he had not made any comments or given any different response than before.


* So I decided to be patient… and continued to take the jamu according to the instructions… what I noticed was a week after I started taking it, there was a whitish discharge but a little bit darker in colour… so much so that it stained my underwear. When I asked Kak Ameru, she said it is the effect of the jamu … as it cleans our insides… my body felt refreshed… I didn’t feel tired all the time… usually I feel sleepy each time after breaking fast and feel tired… but I didn’t even feel tired or sleepy at the office.. my eyes felt fresh.


* okay, after 3-4 days, my second attempt at using the jamu rapat… that night, when we began, my husband said ‘sayang… why is it hard to penetrate… its tight?’ … I thought it was strange but I asked my husband to continue and do it slowly… I didn’t feel any pain… once my husband has penetrated me, he said ‘why does it feel so different’… but I just relaxed.. didn’t want to feel flustered… because I remembered another user testimony who shared the same experience… and once it was over my husband asked me again… he said I felt really different that night… he asked what I was taking… any medicine or jamu… so I told him about the jamu I was taking… my husband was so happy after that…


* My advice to all, you don’t know what you’re missing if you don’t try this remedy… I intend to tell all my friends about this remedy… insyaallah if our intention is good, for the benefit of our marriage, then it will be blessed… as wives, of course we all want to keep up our ‘performance’ and take care of our beloved husbands, right…

mrs D


Resipi Ibu Berpantang

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka; telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keeping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.

d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.


2. IKAN HARUAN ASAM KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan – dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dihiris
Garam secukup rasa

Bahan kisar [A]:

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai – diketuk
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara menyediakan:

a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit.

b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.

d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan.

e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.



3. DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.

b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.

c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.

d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.


4. PAIS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan
1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang - dilayur
3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
1 biji cili merah - ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.

b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.


5. IKAN SIAKAP PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
50 ml pati santan
1 batang serai - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
1 sm kunyit hidup - dikisar [A]
1 ulas bawang putih - dikisar [A]
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.

b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat.

d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.


6. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahan-bahan:

1 keping ikan tenggiri
4 sm halia - dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan:

a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.

b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.

d) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.


7. IKAN GELAMA PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan gelama
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara menyediakan:

a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.

b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.

c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.


8. AYAM KUKUS BERCUKA

Bahan-bahan:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.

b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.

Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.


9. AYAM MASAK BIJAN


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan
4 sm halia tua - dihiris halus
3 sudu makan minyak bijan
1 - 2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi.

b) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.

c) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.


10. HATI MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan:

300 gm hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 sm halia - dikisar [A]
1 sm lengkuas - dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.

b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.

c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.

d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.

Nota: Hati lembu menambahkan darah.


11. HALWA HALIA

Bahan-bahan:

250 gm halia - dihiris nipis
250 ml air
5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan.

b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan.

c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. Tutup kemas dan biarkan semalaman.


12. JUS HALIA KURMA


Bahan-bahan:

200 gm halia
20 biji buah kurma
750 ml air masak

Cara menyediakan:

a) Tumbuk halia hingga lumat.

b) Belah buah kurma dan buangkan bijinya.

c) Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila mendidih, perlahankan api.

d) Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.


13. REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahan:


5 biji buah manjakani
500 ml air
2 sm halia tua
2 sm kunyit tua
2 keping asam keping

Cara menyediakan:


a) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.

b) Jerang di atas api sederhana hingga mendidih.

c) Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.

d) Tapis dan minum air ini setelah suam.

Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.


14. REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga
5 cawan air

Cara menyediakan:

a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja.

b) Minum apabila suam (2 kali sehari).

Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.


15. TUMIS SAWI PUTIH


Bahan-bahan:

5 tangkai sawi batang putih - dipotong
1 sm halia - dihiris
10 ekor ikan bilis - dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakan:

a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.

b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.

c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.

Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.


16. PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.

b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.

c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.

d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.


17. TEMPE GORENG KICAP

Bahan-bahan:

5 keping tempe - dihiris panjang
50 gm ikan bilis - dibersihkan
3 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 biji cili merah - dikisar [A]
1 sudu makan kicap pekat
1 1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula pasir
Sedikit daun bawang - dihiris
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan.

b) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air.

d) Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak hingga kering.


18. SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan:

400 ml air
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batan seleri
3 helai daun kubis
Secubit serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh rempah biji
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris kasar.

b) Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.

d) Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran.

e) Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.

Nota: Sayur-sayuran ini membanyakkan air susu ibu.

Tuesday, May 12, 2009

Tips Membanyakkan Susu Ibu (Susu Badan)

TIP MEMBANYAKKAN SUSU IBU (SUSU BADAN)

[a] Berurut (dengan bidan).
[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.
[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.
[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.
[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.
[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:

• Brokoli
• Lobak Merah
• Lobak Putih
• Seleri
• Kobis
• Sawi Putih
• Peria
• Ulam Pegaga
• Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar:

• Makan kulup daun betik setiap hari.

PENGAMBILAN JAMU

1. Jamu Badan Kayangan/ Maa’jon Kencang Kayangan

Penjagaan lengkap untuk kesihatan dan kecantikan selepas bersalin.
Membantu menguatkan peranakan, melegakan meroyan, menyerikan wajah, menurunkan berat badan dan mengencangkan badan.

2. Minyak Ratu Kayangan/ Ratu Kayangan Oil

Mengeluarkan susu badan yang lebih banyak pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin dan ia berfungsi menegangkan payudara dari lendut dan tidak bermaya.