TIP MEMBANYAKKAN SUSU IBU (SUSU BADAN)
[a] Berurut (dengan bidan).
[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.
[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.
[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.
[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.
[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:
• Brokoli
• Lobak Merah
• Lobak Putih
• Seleri
• Kobis
• Sawi Putih
• Peria
• Ulam Pegaga
• Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]
Tips agar air susu ibu lancar:
• Makan kulup daun betik setiap hari.
PENGAMBILAN JAMU
1. Jamu Badan Kayangan/ Maa’jon Kencang Kayangan
Penjagaan lengkap untuk kesihatan dan kecantikan selepas bersalin.
Membantu menguatkan peranakan, melegakan meroyan, menyerikan wajah, menurunkan berat badan dan mengencangkan badan.
2. Minyak Ratu Kayangan/ Ratu Kayangan Oil
Mengeluarkan susu badan yang lebih banyak pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin dan ia berfungsi menegangkan payudara dari lendut dan tidak bermaya.