Monday, October 22, 2007

Bertangas/ Set Bertangas - Cara utk kekal lansing dan sihat luar dan dalaman











BOLEH DIMILIKI OLEH SEMUA ORANG DIRUMAH
RM413.00 termasuk kos pos

Package : Periok, Batu, Rempah,Sarung + Bangku tangas dan kos pos CUMA RM413.00

CARA UNTUK KEKAL LANSING DAN SIHAT LUAR DAN DALAMAN LELAKI/WANITA

Masyarakat Melayu amal mandi wap guna rempah ratus sejak 200 tahun lalu

SEJAK 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Amalan ini tidak pernah disisihkan walaupun pelbagai cara rawatan kecantikan moden memonopoli pasaran tempatan.

Rawatan seperti sauna dan mandi wap yang disediakan di kebanyakan spa dan salun kecantikan moden hari ini seakan sama fungsinya dengan bertangas, tetapi bertangas tradisional mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggunakan ramuan herba dan rempah ratus yang berkualiti.

Sejak sekian lama masyarakat Melayu mengamalkan bertangas untuk mengeluarkan peluh bagi membuang toksin yang menyebabkan bisa badan. Malah, tikar pandan dan mengkuang juga digunakan sebagai dinding yang menyelubungi tubuh individu ketika bertangas.

Tikar pandan dan mengkuang mempunyai khasiat tersendiri dan mengeluarkan aroma wangi untuk menghilangkan bau badan. Ada banyak jenis tangas dan yang popular ialah tangas duduk, kering, basah, wangi dan rempah.

Amalan tangas baik kepada individu tidak kira jantina dan usia. Tangas kering juga menjadi pilihan remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.

Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit. Jika tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

Setiap periuk tangas yang digunakan tidak boleh dicampur aduk antara satu individu dengan individu lain. Ini bertujuan mengelak jangkitan kuman dan penyakit yang dihidapi orang lain beralih kepada individu lain.

Tempoh maksimum tangas adalah 30 minit dan tidak boleh lebih daripada tempoh itu bagi mengelak dehidrasi tubuh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak biasa bertangas atau baru menggunakan amalan ini, tempoh 15 minit sudah mencukupi.

Amalan bertangas dilakukan tanpa pakaian bagi memastikan wap tangas mengenai seluruh badan terutama kawasan tertutup. Setiap bahan tangas diperbuat daripada herba dan rempah ratus menggunakan petua turun temurun masyarakat Melayu lama.

Tangas wangi pula adalah tangas yang diamalkan masyarakat bangsawan zaman dulu seperti sultan dan pembesar. Amalan tangas wangi tidak menjadi pilihan rakyat biasa kerana ia tidak relevan dengan cara hidup mereka.

Ia tidak sesuai kepada rakyat biasa kerana mereka perlu ke bendang dan kebun untuk mencari rezeki dan bergelumang dengan peluh. Sehubungan itu, amalan tangas wangi yang bertujuan memberi keharuman pada tubuh individu tidak sesuai dipraktikkan kepada golongan terbabit.

Namun, bagi anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga, tangas wangi dilakukan tiga hari sebelum menjelang hari bahagia. Ramuan tangas wangi seperti daun pandan, bunga melur, mawar, daun cendana dan gaharu serta dibalut dengan kain cindai diyakini berkesan membuang bau badan termasuk ketiak.

Sementara itu, tangas duduk pula menggunakan batu sungai yang dipanaskan terdahulu sebelum dibalut bersama kain yang mengandungi ramuan herba dan rempah ratus. Individu perlu duduk di atas batu berkenaan sehingga panas batu berkurangan.

Kebiasaannya tangas duduk dilakukan kepada wanita yang putus haid untuk mengetatkan saluran vagina yang longgar selain mengubati masalah kedatangan haid yang panjang serta menaikkan rahim jatuh.

Bagi tangas kering pula, bahan tangas akan dimasukkan ke dalam periuk tanah sebelum dipanaskan di atas dapur tanah kecil dan ditutup dengan kerusi kayu yang dilubangkan di tengahnya. Individu perlu duduk di atas kerusi itu antara 15 hingga 30 minit.

Setiap jenis tangas mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan amalan bertangas ini perlu diteruskan terutama wanita moden hari ini. Kesibukan kerja selain menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita mengabaikan penjagaan kesihatan dalaman.

Tangas adalah amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahagian sulit semata-mata. Malah, amalan ini dapat membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan dan mengecutkan urat badan yang menyebabkan lendir angin dalam tubuh.

FAKTA

Kelebihan bertangas

Tangas Kering
WANITA
# Rawatan bagi wanita selepas bersalin
# Melancarkan proses haid wanita
# Mengurangkan keputihan dan alahan vagina
# Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
# Mengeluarkan toksin dalam tubuh
# Melancarkan pengaliran darah
# Mengatasi masalah kelesuan
# Membantu mengurangkan masalah berat badan
# Ramuan tangas kunyit, limau nipis, halia dan jintan hitam.

Tangas Basah
LELAKI/WANITA
# Digunakan untuk memecah lemak dan selulit
# Menghaluskan kulit
# Membuang toksin dalam badan
# Daun pandan dan air mawar

Tangas Duduk
WANITA
# Mengetatkan saluran vagina bagi perempuan yang sudah putus haid
# Menaikkan rahim jatuh
# Melancarkan proses perkumuhan
# Mengurangkan rasa pedih selepas membuang air kecil
# Ramuan tangas rempah ratus, daun sirih dan halba

Tangas rempah
LELAKI/WANITA
# Mengurangkan masalah bau badan
# Membuang angin dalam tubuh
# Memanaskan badan
# Memberi tenaga dan mengurangkan tekanan
# Meningkatkan daya tahan tubuh
# Ramuan tangas halia, halba dan jintan hitam.


Cara menggunakan set lengkap bertangas

Semua telah maklum faedah dan keberkesanan set lengkap bertangas herba. Untuk lebih mengoptimumkan lagi faedahnya marilah ikuti langkah langkah ini:

1. Panaskan batu sungai yang disertakan diatas dapur gas sehingga merah (sebahagian saja) iaitu kira kira sepuluh minit.

2. Sementara menunggu batu sungai menjadi panas, ambil 1/3 (sesudu) bahagian daripada ramuan herba yang disediakan (percuma 1 bungkus bagi setiap pembelian set lengkap bertangas)

3. Bancuhlah ramuan tersebut dengan segelas air didalam periuk tanah sehingga rata,

4. Apabila batu telah menjadi panas (sedikit merah sudah memadai), masukkan kedalam periuk tanah yang telah tersedia bancuhan herba tadi. Serta merta bancuhan herba tadi akan menjadi panas dan mengeluarkan wap herba yang berkhasiat.

5. Masukkan periuk tanah tadi kedalam bangku bertangas.

6. Sebelumnya, pakailah kain sarung tangas paras leher dan ketatkan dengan tali pencerut (seperti memakai telekong).

7. Duduklah diatas bangku bertangas dengan bahagian besar lubang menghala ke hadapan.

8. Duduklah selama 15 - 20 minit sehingga badan kita berpeluh.

9. Jika tidak puas boleh ulang lagi dengan memanaskan terus periuk tanah (batu sungai dikeluarkan ) sehingga menggelegak (mendidih) dan ulangi proses tadi.
10. Perlu diingat setiap kali ingin memulakan sesi minumlah segelas air masak.

Harap semuanya akan mendapat faedah dari langkah ini.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus ke Ameru 016-2556153

Kenapa perlu memakai Kain sarong tangas ketika bertangas?

Ketika bertangas anda duduk diatas Bangku Bertangas. Wap herba yang keluar kebanyakannya keluar dari lubang besar selebihnya dari lubang-lubang yang kecil. Selagi anda memakai Kain Sarong Tangas anda tidak perlu risau tentang pembaziran wap herba. Ini kerana semua wap herba akan dirangkumi oleh Kain Sarong Tangas dan badan anda akan mendapat faedahnya. Itulah sebabnya Kain Sarong Tangas sangat perlu ketika bertangas.

Anda mungkin membandingkan dengan kain pelikat atau kain batik. Kedua-dua kain tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan kain Sarong Tangas Istemewa ini. Ketika anda duduk diatas bangku tangas kaki anda sedikit membengkok oleh itu kain pelikat atau kain batik tidak dapat melitupi bangku tangas tersebut. Satu lagi masalah, jika memakai kain pelikat atau kain batik bau wap herba tersebut susah hilang walaupun selepas 3 kali dibasuh.

Kain Sarong tangas istimewa ini juga dilengkapi dengan tali pencerut mudah ubah. Ini membolehkan anda memakainya pada paras pinggang seperti kain telekong atau paras leher seperti berselubung. Cuma ubahkan tali pencerutnya pada kedudukan yang selesa dan anda boleh bertangas tanpa perkara yang merimaskan.

5 tahun jaminan pengilang untuk produk berasas kayu

Produk berasas kayu Set Lengkap Bertangas,adalah dibuat daripada jenis kayu yang tahan air dan tahan haba. Ianya digunakan dengan tujuan supaya produk-produk boleh digunakan untuk tempoh yang lama dan tak salah jika dikatakan untuk digunakan dari generasi ke generasi yang akan datang.

Memang menjadi sifat kayu kekadang ianya terdapat keretakan kecil (hairline crack) pada urat-urat kayu yang dibekalkan oleh pembekal dan ini amat difahami oleh pembekal Kerana setiap keretakan telah dikenalpasti maka kami memberi jaminan bahawa keretakan tersebut tidak akan mengakibatkan produk tersebut menjadi pecah (berikutan ini adalah sifat kayu).

Untuk meyakinkan lagi para pengguna, pihak kami memberi jaminan 5 tahun terhadap produk kayu yang dijual yang mana jika mana-mana keretakan membawa kepada pecahnya produk tersebut pihak kilang akan memperbaikinya tanpa kos (tidak termasuk kos penghantaran - courier cost).

Selain daripada itu kayu yang digunakan adalah jenis yang lasak. Anda boleh basuh, berus atau sental produk kayu tersebut dengan sabun atau lain- lain pencuci tanpa perlu risau yang kayu tersebut akan reput. Selepas dibasuh letaklah ditepi dan biarkan selama 30 minit dan ianya akan kering sendiri.


PENGEDAR DIPERLUKAN
HUBUNGI AMERU 016-2556153

SENARAI AGENT-AGENT

1. Ameru - Puchong dan Seri Kembangan - Tel 016-255 6153